Wednesday, May 27, 2009

SAMBUTAN 63 TAHUN UMNO PERINGKAT NEGERI MELAKA




SAMBUTAN 63 Tahun UMNO peringkat negeri telah berlangsung di Kediaman Rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka.
Majlis berlangsung pada 12 Mei 2009, sehari selepas majlis yang diadakan peringkat Pusat di PWTC Kuala Lumpur.
Semasa di Seri Bendahara, pelbagai aktiviti dilakukan iaitu upacara menaikkan bendera UMNO, Sang Saka Bangsa oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, sambil dinyanyi semua hadirin.
Ia disusuli dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin dan tahlil serta solat Isyak berjemaah yang diimamkan Ustaz Idris Talib Al-Hafiz.
SELAMAT ULANG TAHUN UMNO KE-63.